Topiknya berkisar pada 'kaum' yang bergelar suami.
Menurut ustaz, ada keistimewaannya kita berumah tangga. Bagi lelaki, jika mereka bersolat ketika bujang, pahalanya satu saja. Tetapi, apabila sudah bergelar suami, pahala bersolat 70 kali ganda!Yang lebih menarik, menurut ustaz, apabila sudah berumah tangga, apa saja yang dibuat suami terhadap isterinya, semua ada pahala. Misalnya, jika suami bercakap secara lemah lembut dengan isteri, dia dapat pahala.Jika suami mencium pipi isteri setiap kali keluar rumah, dia juga dapat pahala, kata ustaz.Beliau memberi pelbagai contoh lain dalam ceramahnya itu, yang ringkasnya menunjukkan bukan isteri saja yang dapat pahala membuat sesuatu untuk suami, seperti yang ramai tahu.Bahkan suami juga akan dapat pahala bagi setiap kebaikan yang dipaparkan kepada isterinya.Mengapa saya ingin kongsi isu rumah tangga ini?Saya rasa memang sudah menjadi lumrah bagi isteri melakukan semua yang terbaik untuk suaminya - menjaga pakaian, menyiapkan makan, memicit badan dan sebagainya. Itu memang tugas isteri.Tetapi yang jarang ditekankan ialah pahala yang dapat diraih suami apabila melakukan sesuatu kepada isterinya.Sebab itu, kita lihat, seperti yang ramai hadapinya apabila sudah berada dalam alam rumah tangga, sikap pasangan berubah.Menurut ustaz, anehnya, kaum suami mengubah sikap terhadap isteri setelah berumah tangga.Jika dulu masa berpacaran, apa yang haram menjadi halal. Apabila jalan, berpegang tangan, apabila sakit, diurutkan. Jika berjauhan, telefon terus berdering.Tetapi, kata ustaz, apabila dah berkawin, lain ceritanya pula. Yang halal menjadi haram!Misalnya, apabila berjalan dengan isteri, tak boleh berpegang tangan. 'Malu dengan orang pulak!' kata ustaz.Jika dulu, batu dimarah, jika gadis pilihan terlanggar batu. Selepas berumah tangga, isteri pula di marah kerana tak nampak batu di depan mata!Alahai...Teman saya di pejabat turut bersetuju tentang sikap sesetengah kaum suami ini.Katanya: 'Saya ni, kalau nak suruh suami urutkan badan yang terasa lenguh pun susah. Apabila suruh urut atau picit, dia picit sekuat-kuatnya sehingga sakit dan akhirnya, saya suruh dia berhenti mengurut. Kadang-kadang, tangannya picit badan saya, tapi matanya menonton TV. Jadi, urutannya sebarangan dan tak rasa langsung.'Hmm... mungkin si suami lupa, apa yang dibuat untuk isteri dapat pahala.Saudara saya menyimpulkan semuanya dengan jelas dalam SMS- nya kepada saya baru-baru ini.'Sentuhan, dakapan adalah silaratulrahim dan penyembuh penyakit buat suami isteri. Seribu ubat pun tidak akan sama. Isteri sihat dan bahagia apabila ada sentuhan dan kasih sayang yang ditunjukkan suami.'Bukan rumah besar, kereta besar tetapi kata-kata penenang hati bukan take things for granted. Bertanyalah sepatah dua kepada isteri, ia ibarat penghibur hati dan memberikan semangat untuk hidup.'Ringkasnya, menurut SMS saudara saya itu, dan mesej yang ingin disampaikan ustaz, kaum suami harus menunjukkan kasih sayang kepada isteri kerana kebaikannya tidak terkira.Kaum lelaki juga setelah berumah tangga tidak harus ambil mudah atau tidak boleh ambil ringan aspek 'membuat kebaikan' dan menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya.Bukan saya anjurkan kita melebih-lebih menunjukkan sayang terhadap isteri di depan khalayak ramai kerana tatasusila Islam harus terus dipatuhi. Tetapi berusahalah sedaya upaya menunjukkan kasih sayang agar kaum isteri lebih rasa disayangi dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi rumah tangga dan hubungan suami isteri.Kalau ingin pahala lebih, kaum suami usah ego atau malu-malu. Ia hanya merugikan kerana kita hidup hanya sekali.Sudah tentu bukan semua kaum suami bersikap sedemikian. Akhir kata, pepatah Melayu 'sayang isteri tinggal-tinggalkan' rasanya macam sudah lapuk ditelan zaman. Sekarang kita harus tukarkan kepada 'sayang isteri tunjuktunjukkan'. Bukan apa, takut kalau selalu 'di tinggal-tinggalkan' dan kaum suami lupa nak tunjukkan kasih sayang, isteri pula kena kebas!Setuju kaum suami?
Nota jari : utk rnungan bsama..
Wednesday, December 8, 2010
Sayang isteri tunjuk-tunjukkan...
Coretan E K I N time 8:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment